CINTA YUSACHA

Singkatnya Perkenalan Membawa kepada Alam Rumahtangga. Tiada yang Mustahil kecuali Mereka yang tidak Mengingatinya.

Kisah Kami Berdua

Melihat Panorama Indah

Galeri

Cinta Yusacha

Kisah Kami Berdua

Doakan Agar Hubungan Kami kekal selamanya

Blogger templates

Saturday, May 10, 2014

Menutup Aurat pun Tetap Dirogol




Benar, terdapat data yang menyatakan bahawa wanita yang bertudung turut menjadi mangsa rogol. Namun, situasinya berbeza. Hal ini berdasarkan beberapa faktor :

1. JIWA DAN PEMIKIRAN YANG ROSAK

Wanita yang bertudung dan menutup aurat juga menjadi mangsa rogol bukan kerana wanita tersebut menggoda atau mengghairahkan lelaki dengan tubuhnya, tetapi disebabkan jiwa dan pemikiran lelaki yang telah rosak dan musnah. Rosak dan musnah kerana sering dihidangkan dengan tubuh yang menggiurkan dan VIDEO LUCAH yang mengghairahkan.

Setiap inci susuk tubuh wanita yang seksi dan berbogel telah ditatapnya. Sehinggakan apabila lelaki tersebut melihat wanita dia tidak dapat membezakan wanita yang berpakaian menutup aurat dengan wanita yang mendedahkan aurat lagi seksi. Di fikiranya, hanya membayangkan keseksian dan keghairahan wanita-wanita sebagaimana yang ditayangkan dalam video-video lucah.

2. AURAT MERUPAKAN SISTEM KAWALAN KESELAMATAN

Andai emas yang disimpan di dalam peti besi dan dikunci telah dirompak dan dicuri, adakah kita akan menyalahkan peti besi tersebut dan membuat keputusan untuk tidak menyimpannya lagi di dalam peti tersebut? Adakah dalam keadaan tersebut kita membuat keputusan untuk meletakkan emas di mana-mana sahaja, sekalipun menarik perhatian untuk dicuri oleh orang yang melihatnya?

Tentu Sekali Jawapan yang Kita Berikan ialah ''TIDAK".



Sebaliknya, kita akan menyimpannya ditempat yang lebih selamat, bahkan mungkin mengetatkan lagi kawalan emas tersebut. Kita tidak akan sesekali menyalahkan peti besi tersebut. Begitu juga dalam masalah ini. Yang perlu dipersalahkan ialah wanita yang mendedahkan aurat dan berpakaian seksi dengan sengaja sehingga menjadikan lelaki hilang kewarasan dan sifat kemanusiaanya. Akhirnya, semua wanita menanggung akibat yang mengerikan ini.

Semoga para wanita, isteri-isteri dan anak-anak perempuan, serta kakak dan adik perempuan diluar sana berjuang dalam menjaga maruah diri dan agama. Tutupla aurat sebaik mungkin. Menunggu hidayah atau seru itu datang pada anda itu hanyalah alasan semata. Hidup ini terlalu singkat untuk menunggu hidayah yang kita katakan tadi dan ajal pula semakin hari semakin hampir dengan kita. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Wsalam.

sumber : Auratku Maruahku [Telaga Biru]




Biodata Idolaku : Prof Dr Muhaya Mohamad



[Prof.Dr.Muhaya antara idola yusacha]


Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan suami: Doktor perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (doktor optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor Atiyah (doktor perubatan)

Pendidikan:

- 1980 - 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

- 1986 - 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM

- 1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London

Kerjaya

- Profesor Oftalmologi AUCMS

- Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah

- Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur




Pencapaian:

*Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh

*Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah      Matamu.

*Matlamat: "Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang  bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"

Rancangan:

- Tanyalah Ustazah

- Halaqah

- Radio IKIM




sELaMaT HaRi iBu

[MERAKAM KENANGAN BERSAMA IBU (KANAN) PADA JUN 2012]

TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA ADALAH 11 MEI 2014 

Alhamdulillah yusacha panjatkan syukur kepada Allah s.w.t sesungguhnya ibu dan bapa yusacha kedua-dua pihak masih ada di dunia ini. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan dan rahmat kasih sayang Allah s.w.t. Hargai mereka selagi masih ada. Sesungguhnya, kehilangan ibu adalah kehilangan 1 keberkatan iaitu doa ibu. 

Seperti yang kita ketahui tarikh sambutan hari ibu pada tahun ini adalah pada 11 Mei 2014 bersamaan dengan hari Ahad. Bagaimana tarikh sambutan hari ibu ditetapkan? Sambutan ini dietapkan pada setiap Ahad minggu kedua pada bulan Mei. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggambarkan kasih sayang kita terhadap ibu kita yang telah melahirkan kita kedunia ini.

Terdapat beberapa pendapat yang menggambarkan sambutan hari ibu tidak perlu memandangkan kita harus meraikan ibu pada setiap hari dengan doa dan perhatian serta tanggungjawab dari kita. Menggembirakan dan menyenangkan hati ibu kita adalah wajib dilakukan setiap hari termasuk kepada bapa.

p/s : Mohon doakan semoga Acha dimurahkan rezeki dapat zuriat yg baik akhlaknya dan sempurna fizikalnya. yusacha ucapkan terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Hanya Allah yg tahu dan mampu membalasnya.  :)

Perkongsian kepada beragama Islam sebagai Panduan :

  • Sambutan yang sederhana dan tidak membazir.
  • Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
  • Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.

Friday, May 9, 2014

Sedikit coretan sejarah yusacha

Sebelum tu yusacha mau mengalu-alukan pelawat di blog Yusacha "Kisah Kami Berdua" ni.. Terima Kasih kerana sudi melawat blog yusacha. Kalau anda-anda di luar sana mau tau hihihi.. Cerita sejarah jap, nama 'yusacha' ini adalah hasil gabungan nama antara yusuf dan acha yang telah bersatu pada 25.01.2013 (sah suami isteri leee tewww) hihihi.... Tapi nama ni telah digunakan awal sebagai nama website untuk jemputan hari bersejarah kami iaitu hari kami diijabkabulkan dan seterusnya hari persandingan. Tapi anda-anda di luar sana tidak perlu try cek website tu sekarang sebab tempoh website tu setahun ja...kalau mau sambung kena bayar lagi..oleh kerana website tu pun digunakan sementara jaa jadi kami pun x sambung lah penggunaan..untuk jemputan kawin ja pun..hihihi...


Sebelum yusacha meneruskan perkongsian yang lain di ruangan ini.  sukahatinya lah yusacha ingin berkongsi terlebih dahulu mengenai sejarah 'Kisah Kami Berdua'... yusacha mulai berkenalan pada 01.11.2011 ini pun ndak lagi bertegur dan kenal sangat sebab masa ni kami sama-sama ikut induksi..baru dapat kerja laa katakan..hehehe... selesai induksi kami pun di tempatkan di cawangan masing-masing...yus di Beaufort dan Acha di Papar.. taraf jawatan yusacha pada ketika itu hanyalah sebagai Pelatih sahaja..dan yusacha akan mengikuti  tiga peringkat kursus dalam masa enam bulan sebelum dapat naik ke taraf Percubaan pula..semasa kursus sepanjang induksi, pelatih peringkat pertama dan kedua ni kami ndak pernah lagi bercakap cuma senyum ja bila jumpa..yala nama pun rakan seperjawatankan..hahahaha...masing-masing dengan dunia sendiri. 


TAPIIII!!! nahhh macam mau start sudah ni cerita kan hehe.. pada 1 hari tu, Acha dapat memo
untuk dipindahkan ke cawangan Beaufort. jenggg..jengg..jenggg... masa tu Acha baca memo tu ketawa+nangis ntah gembira ka sedih ka apa...huhuhu..macam ada rasa happy juga kali sebab dapat pindah dari bos lama sebab dulu x ngam dengan bos tapi skrg jadi geng pula(cerita kemudian)..tapi sedih sebab terpaksa berpindah jauh dari keluarga sebab sebelum ni Acha ulang alik Putatan-Papar. kali ni kena pindah pula ke Beaufort...terpaksa berdikari sendiri..Acha ni seorang yang manja..penakut tahap gaban (pengaruh cerita hantu la katakan) nasib baik kawan-kawan Acha masih boleh sabar dan heran juga boleh stick dengan Acha ni...hihihi..mungkin sebab sikap Acha yang kuat ketawa ngan suka tolong kawan kan...hihihi... ok! habis dengan cerita Acha. macam mana pun Acha nangis+ketawa tadi Acha tetap dipindahkan juga ke cawangan Beaufort (mungkin inilah yang dikatakan jodohkan) hikmah disebalik perpindahan.hihihi... 




Acha mohon diberi tempoh seminggu untuk lapor diri atas alasan ada lagi perkara yang belum selesai. Yus pula mau dua tiga kali telefon cawangan Papar dan telefon peribadi Acha untuk minta Acha cepat lapor diri ke cawangan mereka. Amboiiii...Yus di beri tanggungjawab tersebut atas alasan yusacha adalah satu batch (Peringkat kemasukan yang sama di Organisasi tu) ... ok, bla..bla..bla... Acha pun lapor diri di cawangan tu dalam bulan Februari 2012 sebelum kami masuk kursus peringkat ketiga. Masa ni juga Acha belum sewa rumah sebab nama pun penakut, nasib baik ada keluarga di Beaufort jadi tinggal lah dengan makcik dan pakcik..hihihii...kadang-kadang tu ulang alik juga Putatan-Beaufort rindu mama la katakan...


Sepanjang tempoh berada di cawangan Beaufort..Acha banyak bersama dengan yus dan kawan yusacha yang lagi 1 ni maklumlah 1 batch.pi mana-mana pun bersama kecuali tandas dan balik rumah lah..sebab Acha pempuan diurang berdua lelaki.. kami digelar tiga serangkai masa ni...apa-apalah kan..yang kami tau saat bersama ketika ini adalah memori Terindah buat kami tiga sekawan..sebab masing-masing tolong-menolong,setia kawan dan jaga-menjaga antara satu sama lain. sebelum terlupa kawan yusacha yang 1rang ni yusacha panggil dia Datu/Mat...terima kasih Mat...dia ni jugala antara insan yang paling memahami yus dan banyak membantu yus dalam pelbagai urusan dan urusan antara penyatuan yusacha pun dia banyak bantu hampirrrr 75% ...hahahha..ya kaliii...apapun terima kasih sahabat.


Panjang pula cerita ni, sebenarnya yusacha mau kasi sinopsis ja tadi...terrr panjang pla... ok, di kasi pindik cerita ... Yus banyak bantu Acha dalam pelbagai urusan ndak kira kerja atau bukan soal kerja sampai sanggup tolong jadi "JURU GAMBAR"  masa kawin adik Acha pada bulan Jun 2012..tolong pegi sana pegi sinun angkat barang...Acha rasa masa ni dialah kawan lelaki paling bagus..betul-betul rasa kawan aarrr bukan cintan cintun lagi...tidak terfikir pun masa ni..dan Acha tidak pernah berharap, berniat, mahu suka/cinta apa lagi berkahwin dengan Yus... lagi-lagi masa ni Acha sudah ada kekasih di hati...

Selepas tamat tempoh yusacha sebagai pelatih...yusacha masuk pula ke peringkat percubaan selama setahun sehingga April 2013 dan sah jawatan tetap. fuhhh...tapi sebelum sampai ke taraf tetap ni lah sebenarnya kisah kami berdua bermula...dimana pada 1 hari tu Yus tiba-tiba luahkan perasaan Yus dengan Acha dengan tidak semena-mena Acha cakap dia GILA! bukan apa..sebab Acha anggap dia cuma sebagai kawan lagi-lagi dia sedia maklum Acha ni ada Buaya Fren (kidding!!) ...

yaaa..memang Acha ada kekasih masa tu tapi dia jauh dan Acha jarang bercontact dengan kekasih Acha. Atas alasan itu juga ramai yang ndak sangka Acha ni sudah ada kekasih (kah sebab memang muka x bole dapat bf) kihkihkih...ndakla...Acha ramai peminat juga masa ni sampai ada yang sanggup hantar bunga,patung teddy,coklat satu bakul untuk ambil hati Acha...tapi TeTap Acha ingat kekasih Acha yang jauh di mata tapi dekat di hati tu..hoh0ho... CUKUP! 

Yus terus berusaha..banyak juga pengorbanan yus ni untuk ambil hati Acha..bukan sekadar bunga/coklat/patung/kata-kata manis ...kalau cerita mesti x percaya...kesian lagi ada...tapi ntahlah mungkin Acha ni pun setia juga sama kekasih Acha.. ndak peduli pun Yus pastu Acha pun dengan selamber sms  Yus jemput datang hari pertunangan Acha pada hari raya ke tiga tahun 2012.... Dapat ja sms Acha..Yus yang bersemangat mau drive balik kampung TERSENTAK adehhh..terus ndak jadi menDrive terpaksa kakak Yus yang so sweet pula ganti drive ...sepanjang perjalanan Yus diam tiada mood la katakan.. kakak Yus dan Adik Yus tanya kenapa pun Yus jawab sakit kepala ja..diurang pun tanpa banyak soal kasi eyaa sajala kan...hahaha...

Hari raya ketiga tu sahlah Acha jadi tunangan orang bukan main HAPPY lagi..habis cuti raya masuk kerja kunun...tapi malangnya tidak macam biasa sebab Yus tidak semesra dulu..dan mulai mengasingkan diri. Yus lebih banyak diam dan banyak mengelak dari terserempak atau berjumpa dengan Acha. Acha terus sedih dan sedikit rasa sunyi sebab hari-hari tidak seindah dan seceria dulu ketika yusacha dan mat (tiga serangkai) ni bersama... sarapan pun Acha sendiri ja...Yus dengan Mat...hari demi hari berlalu...macam tu lah...Acha pura-pura buat macam tiada apa berlaku..cuba juga bercakap dengan Yus dan kadang-kadang bukan pasal cuba tapi terpaksa atas dasar kerja ..nama punnnnn  satu cawangan..ermmm... 

Mungkin ini juga takdirNya, ada 1hari tu kereta Acha xdapat jalan...kes kereta ni bukan sekali tapi dua tiga kali sebelum Acha bertunang pun memang bermasalah juga dan yang setia membantu macam biasalah orang terdekat iaitu Mr.Hero belakang tabir..hihi selepas kejadian tu kami mula berkawan seperti biasa...lagipun Yus ni ndak sanggup tinguk Acha susah..hihi..Dalam Hati ada Sayangg lah katakan...lucu juga kalau mengimbau kembali sebab banyak juga teknik mengurat Yus dalam diam...adehhhh...tiap-tiap minggu pula Yus eskot Acha dari belakang supaya Acha ndak drive laju-laju dan mau Acha selamat sampai rumah.. (GAMBAR DI ATAS BUKAN KERETA ACHA TAPI MODEL KERETA SAMA) 


Pertunangan Acha dengan tunang Acha mungkin tidak panjang..kami putus pada bulan 12.2012 berapa hb Acha x ingat juga dan sebabnya tidak perlulah diceritakan disini..tapi kalau ndak cerita mesti persepsi orang sebab yang merapuhkan..ahaha..ndakla! antaranya, sebab mama dan ayah Acha sendiri memilih dan suka dengan Yus. Sebelum bertunang dulu memang ayah mau Acha terima Yus tapi Acha jawab macam-macam antaranya "acha x suka dia nant kawin becerai seja tu eeee lagipun bukan my tesss" nahhh ketulahan ka apa ini ar...jadi kebetulan Acha dan x-tunang ndak berapa baik masa tu maka Acha ambil keputusan untuk putus...pindik cerita memang ndak panjang jodohlah bha tu...lagipun kami bertunang pun drastik, kenal pun x lama..jarang berhubung dan berjauhan... (GAMBAR DI SEBELAH ADALAH GAMBAR IBU DAN BAPA MERTUA ACHA) hihihi...




Acha memilih untuk bersama dengan Yus kerana menganggap "Perempuan lebih baik memilih orang yang lebih sayang kita daripada orang yang kita sayang" dengan itu Yus dengan berani nya masuk merisik seminggu selepas Acha putus tunang......pada 28.12.2012...memang sangat drastik juga ini jejaka punya lamaran...Acha minta tempoh Yus ndak bagi sudah...adididihhhhh....funny jugaaaaa...masa merisik tu siap bawa bunga sebab Yus tahu Acha suka bunga...jadi Acha dapat cincin merisik dan bunga laa masa tu..hihihi... Ayah Acha lah paling gembira sebab memang lelaki pilihan dia untuk Acha..ndak pernah sepanjang Acha ada kawan lelaki ayah sebut nama diurang..lepas tu mau Acha terima lagi...haaa...maksudnya pilihan yang diurang restu dan redha la tu kan... 

Selepas merisik Yus masuk meminang pula pada 05.01.2013 dan menetapkan tarikh pernikahan pada 25.01.2013....dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan cepat tapi lancar... Jadi yusacha ingin mengambil kesempatan disini agar mana-mana hati yang terluka dengan bersatunya hati kami yus & acha kami memohon berjuta kemaafan dan mana-mana kata-kata/ayat dalam perkongsian cerita disini tidak menyenangkan hati mana-mana pihak juga yusacha mohon maaf. Kepada yang mendoakan dan menghadiri majlis bersejarah yusacha kami mengucapkan jutaan terima kasih dan kepada yang tidak terjemput atas sebab terlepas pandang dan sebagainya kami mohon maaf dan mohon kalian doakan kebahagiaan kami.


Yusacha

Thursday, May 8, 2014

Selfie Ikram

Ikram selfie !!



Sunday, May 4, 2014

Tips Penjagaan Rambut!!


1) Sebelum tidur pastikan sisir rambut. 
Jika tidak menggunakan sikat sekali pun, lurutlah rambut menggunakan jari. Andainya anda mencuci rambut pada malam itu, olesan serum membantu untuk melembutkan tekstur rambut. Jangan tidur dengan rambut terikat. Apabila anda bergerak ketika tidur, rambut akan tersekat pada getah rambut. Ia tidak elok kerana rambut akan putus dan ada masanya ia memberi kesan kepada kulit kepala yang tertarik.
Katakan anda seorang yang lasak ketika tidur, gunakan sarung bantal satin kerana ia lebih lembut dan tidak menyekat pergerakan rambut. Menggunakan sarung bantal biasa akan memutuskan rambut anda. Ketika bangun dari tidur, rambut pasti menjadi kusut. Oleh itu, urut rambut perlahan2. Jika ada rambut yang gugur, ia adalah perkara normal. Kalau tiada, bonus buat anda.

2) Sisir rambut 
untuk memudahkan anda menyisir rambut, bahagikan rambut kepada beberapa bahagian. Gunakan sikat bergigi jarang supaya tiada rambut yang akan terputus. Sikat pada bahagian pangkal rambut sehingga hujungnya, tetapi elakkan daripada mengenai kulit kepala. Sikat rambut sehala sahaja untuk mengelakkan kekusutan. Jika anda mempunyai rambut kerinting atau rambut tebal, seeloknya lurut rambut dengan jari sebelum disisir dengan sikat.

Rambut basah lebih mudah disisir tetapi jangan pula anda menyikat rambut pada waktu ia betul2 basah. Apabila rambut sudah sedikit lembab, sapukan dengan serum sebelum anda menyisirnya. Untuk memudahkan anda, bawalah semua rambut kehadapan sambil anda menundukkan kepala. Selain mengelakkan rambut gugur ketika diusir, tangan anda pun tidaklah lenguh.

3) Jangan gunakan alat pengering rambut dengan kerap
Haba panas akan mengeringkan rambut anda dan menjadikannya mudah rosak dan berubah warna. Tetapi penggunaanya tidaklah dilarang kerana alat pengering rambut memudahkan anda untuk mengeringkan rambut. Paling penting, pastikan rambut sedikit lembab sebelum dikeringkan.

Jangan letakkan serum atau krim pada rambut semasa menggunakan alat pengering. Tindakan ini akan mengubah khasiat sebenar serum. Elakkan membalut rambut dengan tuala terlalu lama. Rambut yang terperap lama akan rosak dan menjadi rapuh. Serum rambut bertindak untuk menguatkan akar dan melindungi permukaan rambut dari menjadi rosak. Jadi oleslah serum rambut apabila anda selesai mengeringkannya.

4) Harus tahu
Basuhan rambut yang lengkap adalah dengan menggunakan perapi rambut. Katakan anda mencuci rambut empat kali seminggu maka gunakan perapi dua kali sahaja. Jangan pakai perapi terlalu kerap kerana ia mempunyai kandungan minyak untuk melembabkan rambut. Walaupun begitu, jika diambi berlebihan akan memberi kesan (berminyak) kepada kulit kepala dan rambut.
Jangan sapu perapi rambut kepada keseluruhan rambut. cukup sekadar mengoles perapi pada hujung rambut sahaja. Masalah kegatalan adalah mungkin disebabkan kelemumur. Jangan sesekali ikat rambut atau mengenakan hijab dalam keadaan rambut basah. Ia boleh mengakibatkan kulit kepala terkepam dan menimbulkan bau kurang enak selain menjadi faktor terjadinya kelemumur serta rambut berbuah.
Untuk memudahkan rambut cepat panjang atau melebatkannya, gunakan minyak kelapa. Sedikit berbau tetapi berkesan.

Friday, May 2, 2014

Sedang Dalam Pembangunan

Laman Blog ini sedang dalam Pembangunan

 

Welcome In Yusacha

Contoh Sliding Login Dengan JQuery

Terima kasih

Tutorial Blog

||

Member Login

Lost your password?

Not a member yet? Sign Up!