Blogger templates

Sunday, May 4, 2014

Tips Penjagaan Rambut!!


1) Sebelum tidur pastikan sisir rambut. 
Jika tidak menggunakan sikat sekali pun, lurutlah rambut menggunakan jari. Andainya anda mencuci rambut pada malam itu, olesan serum membantu untuk melembutkan tekstur rambut. Jangan tidur dengan rambut terikat. Apabila anda bergerak ketika tidur, rambut akan tersekat pada getah rambut. Ia tidak elok kerana rambut akan putus dan ada masanya ia memberi kesan kepada kulit kepala yang tertarik.
Katakan anda seorang yang lasak ketika tidur, gunakan sarung bantal satin kerana ia lebih lembut dan tidak menyekat pergerakan rambut. Menggunakan sarung bantal biasa akan memutuskan rambut anda. Ketika bangun dari tidur, rambut pasti menjadi kusut. Oleh itu, urut rambut perlahan2. Jika ada rambut yang gugur, ia adalah perkara normal. Kalau tiada, bonus buat anda.

2) Sisir rambut 
untuk memudahkan anda menyisir rambut, bahagikan rambut kepada beberapa bahagian. Gunakan sikat bergigi jarang supaya tiada rambut yang akan terputus. Sikat pada bahagian pangkal rambut sehingga hujungnya, tetapi elakkan daripada mengenai kulit kepala. Sikat rambut sehala sahaja untuk mengelakkan kekusutan. Jika anda mempunyai rambut kerinting atau rambut tebal, seeloknya lurut rambut dengan jari sebelum disisir dengan sikat.

Rambut basah lebih mudah disisir tetapi jangan pula anda menyikat rambut pada waktu ia betul2 basah. Apabila rambut sudah sedikit lembab, sapukan dengan serum sebelum anda menyisirnya. Untuk memudahkan anda, bawalah semua rambut kehadapan sambil anda menundukkan kepala. Selain mengelakkan rambut gugur ketika diusir, tangan anda pun tidaklah lenguh.

3) Jangan gunakan alat pengering rambut dengan kerap
Haba panas akan mengeringkan rambut anda dan menjadikannya mudah rosak dan berubah warna. Tetapi penggunaanya tidaklah dilarang kerana alat pengering rambut memudahkan anda untuk mengeringkan rambut. Paling penting, pastikan rambut sedikit lembab sebelum dikeringkan.

Jangan letakkan serum atau krim pada rambut semasa menggunakan alat pengering. Tindakan ini akan mengubah khasiat sebenar serum. Elakkan membalut rambut dengan tuala terlalu lama. Rambut yang terperap lama akan rosak dan menjadi rapuh. Serum rambut bertindak untuk menguatkan akar dan melindungi permukaan rambut dari menjadi rosak. Jadi oleslah serum rambut apabila anda selesai mengeringkannya.

4) Harus tahu
Basuhan rambut yang lengkap adalah dengan menggunakan perapi rambut. Katakan anda mencuci rambut empat kali seminggu maka gunakan perapi dua kali sahaja. Jangan pakai perapi terlalu kerap kerana ia mempunyai kandungan minyak untuk melembabkan rambut. Walaupun begitu, jika diambi berlebihan akan memberi kesan (berminyak) kepada kulit kepala dan rambut.
Jangan sapu perapi rambut kepada keseluruhan rambut. cukup sekadar mengoles perapi pada hujung rambut sahaja. Masalah kegatalan adalah mungkin disebabkan kelemumur. Jangan sesekali ikat rambut atau mengenakan hijab dalam keadaan rambut basah. Ia boleh mengakibatkan kulit kepala terkepam dan menimbulkan bau kurang enak selain menjadi faktor terjadinya kelemumur serta rambut berbuah.
Untuk memudahkan rambut cepat panjang atau melebatkannya, gunakan minyak kelapa. Sedikit berbau tetapi berkesan.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 

Welcome In Yusacha

Contoh Sliding Login Dengan JQuery

Terima kasih

Tutorial Blog

||

Member Login

Lost your password?

Not a member yet? Sign Up!